Monday 18 February 2013

Bermula.

Bismillah.

Aku peliklah. Aku sebenarnya tak percaya lagi aku duduk kat Mesir tanpa umi abi sekarang. Rasa macam jap gi umi baliklah dari kelas. Abi baliklah dari talaqqi kat Masjid Azhar. Huhu. Aku pun tak faham perasaan aku sekarang. Aku ni, tengah mimpi umi ngan abi still kat Mesir ke cane? Hm.

Dah, lupakan apa yang anda baca sebentar tadi.

Dah hampir 2 minggu berada di Mesir tanpa umi abi. Kadang-kadang  bila fikir hidup jauh dengan umi abi, terasa berair di mata. Rasa macam tak boleh hidup. Lemah. Sekarang kan, aku baru tahu sepinya hidup tanpa ibu bapa disisi. Baru faham kenapa umi selalu nasihatkan aku. Kenapa abi pernah marah aku. Baru faham semuanya kerana aku di sini. Di Mesir. Obesi.


*this is obersiyyy.*

Seyesly, aku tak pernah jangka pon aku akan tinggal dan belajar kat Mesir kot. Tak pernah. Perjalanan beribu-batu jauhnya semata-mata demi mencari ilmu. Aku sekarang bukan aku yang dulu lagi. Bukan aku yang manja. Tak. Nak manja dengan siapa kalau umi dah jauh? *blur face* Hakak-hakak? Hahaha macam tak je. Tak samalah dengan mak sendiri. Takkan sama. Selamanya. Ok sorry akak. Aku nak belajar rajin-rajin biar umi dengan abi  bangga. Aku harus berusaha. HARUS!

Hari bersilih ganti hari. Aku still teruskan hidup di bumi anbia' ini. Hari sekolah, belajar. Hari cuti penuh ngan masak, bermuayyasyah bersama ahli beyt Nusrah ni ataupon aku pergi jalan umah mak ngah. Dan biasanya hari cuti ada bulatan gembira. Uhuk. Best sangat bulatan gembira. Tak terkira gembiranya. Dalam Bulatan Gumbira, banyak santapan rohani yang tak pernah aku dapat sebelum ni. Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah. Thank You Allah.

So, takdelah kesedihan tu melarut sangat sebab ada hakak-hakak akhawat disisi.  Hihi. Hakak-hakak akhawat, selalu gembirakan aku. Sentiasa tunjukkan qudwah kat aku. Sentiasa faham aku ni kecil lagi. *koff koff* Bermulanya kehidupan aku. Uhm, rasa cam tak kuat ada kat sini. Ye lah, first time hidup jauh dari umi abi. Mohon doa semua, doakan aku kat sini. Moga Allah tabahkan hati aku dengan tarbiyyah dariNya di tempat baru ini. Biiznillah.

Macam pendek je post ni. Hm. Kehabisan idea.