Friday 13 April 2012

Pen dan kertas..

Pen selalu  bersama kertas. Suweetlah.


Bismillah..

Saya mintak maaf sangat kerana belog ini sudah lama tak dihapdet. Saya kinismakin bizy dengan pelajaran. Tolonglah, doakan saya cemerlang Upsr tahun ini. Ni pon saya curi-curi masa untuk hapdet belog.. Alhamdulillah..


Hoihoi, *buat muka blur* saya bukan salesman yang menjual pen ye..? Pen dan kertas ialah model saya pada post kali ini. Pen kegunaannya untuk menulis. Takkan untuk dibuat hiasa pulak. Jarang jumpa orang yang tak tahu guna pen macam mana kan. Pen je, abis tu nak tulis kat mana..? Mestilah kertas kan.? Kertas pulak dijadikan untuk kita melakar lukisan dan tulisan yang chomel.

Eh, dahla tu saya cherita kat anda kegunaan pen dan kertas. Nanti anda rasa dilayan sama persis dengan bebudak tadika pulak. Haha

Ok, sedar tak kita, pen yang best digunakan macam Faber Castel contohnya memang tahan lama serta bermutu tinggi en..? Kiranya boleh dipanggil pen yang osem dan bergayalah. Tapi ada juga pen cap ayam. Malaslah mahu di liskan nanti tak pasal-pasal kena saman dengan pihak cap ayam tuh. Eh. Pen cap ayam ni cepat abis dakwat. Pastu kena beli lagi, pembaziran duit.

Wahai, puan serta inche yang budiman, saya bukan mahu berdemo pen yang osem lagi bergaya vs pen cap ayam ye..! Harap maklum.



Huyoo. Jenama yang osem lagi bergaya. Haha.


Kertas pula ada juga yang osem dan bergaya macam kertas A4, kertas kajang dan sewaktu dengannya. Tapi ada juga yang tulis sket..Sherekkk. Koyak. Argh..! Menyampah. Semua orang macam ni bukan..?

Perasaan tak..? Pen dan kertas dapat menjalankan tanggungjawab mereka dengan perfek walaupun ada juga pen  dan kertas cap ayam ehehe. Kita ni yang dijadikan sebagai hamba Allah bolehkah menjalankan tanggungjwab dengan perfek..? Solat 5 waktu pon belom komfem cukup. Astaghfirullah. Bila kita mahu jalankan amanah dan tanggungjawab yang Allah beri ni..? Esok, lusa, tulat..? Tu pon kalau masih bernafas di dunia ini. Kalau dah tiba ajal..? *gulp*

Tanggungjawab kita untuk menjadi KhalifatuRahman yang sebenar. Mengikut perintahNya. Menyeru manusia agar kembali ke jalan yang benar. Menjadikan Islam itu agama yang mulia. Apabila kita ada sifat-sifat macam ni, kitalah manusia yang osem lagi bergaya..!
Jom , jadi khalifah terbilang..!

Jadi berbalik kepada pen, nak kita nak jadi pen atau kertas yang cap ayam..? Mesti lah tak nak..! Sesiapapon nak jadi pen yang osem dan bergaya bukan..? Jadi kita kena berusaha. Allah dah bagi offer tau. Sesiapa yang menjadi manusia osem lagi bergaya akan dapat ganjaran seperti dalam surah:
"Wahai orang-orang yang beriman! Barangsiapa di antara kamu yang murtad (keluar) dari agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum, Dia menchentai mereka dan mereka pon menchentaiNya, dan bersikap lemah-lembut terhadap orang beriman, tetapi bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad di jalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah kurnia Allah yang diberikanNya kepada siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (pemberiannya), Maha Mengetahui."
[al-Maidah, 5:54]

So,amacam..? Tak bagi effect kat anda langsung..? Jom sertai "Pertandingan Manusia Osem + Bergaya..! Hadiah lumayan menanti anda..! Tarikh tutup penyertaan sebelum ajal menjemput..! Tunggu apa lagi..?

Mudah-mudahan apa yang dikongsi dapat mengubah diri kita menjadi manusia yang osem lagi bergaya. Biiznnillah. Ayuh, kita menjadi KhalifaturRahman yang sebenar kerana bila-bila masa saja kita akan diambil nyawa olehNya. Hanya membilang hari saja.. *gulp, tersedak dengar*

Wallahu'alam..