Saturday 18 May 2013

Ukhuwwah, Dakwah, Perpisahan.



*credit*

Indahnya ukhuwwah,
pabila semuanya kerana Allah,
sembang-sembang kita demi ummah,
duduk-duduk kita membina thaqafah.

Ku ingin kuat, 
ku harapkan thabat,
Namun itu akan kekal sekadar impian,
Andai kau tidak hadir sebagai teman.

Bila ku rebah,
Kau tiupkan hammasah,
Bila ku sepi,
Kau sentiasa disisi.

Di jalan dakwah ini kita berkenalan,
Di jalan dakwah ini kita berukhuwwah,

Bertemu kita kerana Allah,
Berpisah juga kerana Allah.

Moga kau dan aku thabat,
Hingga bertemu di FirdausNya.

Sajak ni direka oleh ana dan ahli beyt. Sumpah, ana sayang sgt bulatan gembira yg first ni. Walau kita terpisah di sini, insyaAllah kita still dalam gerabak yang sama. Jauh manapun, kita still berlari atas jalan yang sama. Jalan yang mencari mardhatillah-Nya. InsyaAllah antunna sentiasa dalam hati ana. Kita kena saling mendoakan k. Doakan ana kuat kat Mesia! :)