Thursday 25 July 2013

Rindu.

*kredit*
Bismillah.

*frasa saya digantikan kepada aku kerana entry ini entry curhat*

11:40 malam. Shuffle all mp3 player. And tetiba terplay soundtrack feveret aku, Secret Garden The Promise. Lagu tu, banyak ingatkan aku tentang kenangan dengan akhawat Mesir. Aku pun tak tahulah kenapa.

Aku ingat lagi. Malam last before fly Malaysia. 19 Jun. Malam yang sayu dan sepi. Semua ahli beyt dah syahid atas katil. Aku je tak dapat lelap lagi. Entah kenapa tah. Mungkin sebab malam last, kot. Aku tak tahu nak buat yang bermanfaat malam tu. Kaki rasa nak berjalan. Aku bingkas bangun pergi balkoni. Aku cuba untuk tengok Hayyu Sabek puas puas. Sampailah nampak Muattom yang masih samar samar dengan cahaya lampu lampu jalanan. Tapi tak. Baru aku sedar aku salah. Aku takkan puas tengok Mesir ni sebenarnya.

Malam tu, aku lihat semuanya. Aku lihat budak yang kutip sampah naik himar. Pakcik tua yang berjalan dengan hati hati. Kereta yang memecut laju dari arah awal sabek. Pakcik yang nak tutup kedainya. Semua aku perhati. Kata hati aku; selagi aku masih jejak bumi Mesir, aku kena cari lagi ibrah dari mereka di bumi anbiya' ni.

Aku dah janji pada Mesir, suatu hari aku akan datang sebagai aku yang lebih baik. Aku takkan lupa bumi Tarbiyyah aku ni. Tarbiyyah ni yang memberi erti kehidupan yang sebenar buat aku. Tarbiyyah ni yang perlahan lahan mematangkan aku. *nampak cam bajet matang sangat je ayat okay..*
Dan, sekarang. Bila aku dapat tahu Mesir tengah bergolak, aku rasa macam...okay susah nak bagitahu. Rasa macam sedih gila kot. Bumi Tarbiyyah kita jadi tempat yang orang larang nak datang, tak boleh bebas macam dulu lagi, tak boleh itu tak boleh ini. Nak nanges tahu. Huuu. Maybe, korang tak paham perasaan aku, sebab korang tak pernah rasa duduk Mesir. Betullah orang kata; "sekali datang mesir mesti nak datang lagi."

Tapi, aku kena husnudzhon dengan Allah. Allah dah buat yang terbaik buat Mesir. Allah nak bagi hadiah dekat Egyptians. Ada. Pasti ada. Aku kat Malaysia ni, dapat hadiahkan doa je untuk Mesir. Aku pun manusia. Nak buat apa pun tak boleh jugak. Hari hari kot bukak page Mesir Kini nak tahu update Mesir. Hmph.

*senyum*

Sumpah, aku rindukan bumi Mesir yang aman dan sejahtera. Aku yakin, al-Haq pasti tertegak satu hari ni. InsyaAllah. Moga Allah pelihara bumi Musa. Allahu mansuril ikhwanana fi Misr!