Friday 8 November 2013

Penat.

Penat lelah lah dahulu. Dan, yakinlah Allah akan hadiahkan sesuatu
istimewa buat kita! Senyum luas luas.



"Penatlah. Buat baik, salah. Buat jahat, salah. Sumpah tak faham uh."

***
Biasanya, orang yang cakap condemn kita buat tu salah buat ni salah just ada benda dia tak puas hati. Thats why, tak kisah lah benda baik atau jahat yang kita buat dia tetap takkan hargai. Dia akan tetap menghukum kita sampai bebila pun. Trust me.

Dia manusia, kita manusia. Sama sama hamba. Sama sama pendosa. Kenapa nak naik gila bila dihukum dengan makhluk yang se-taraf dengan kita? Lulz.

Lek. Saya faham sangat. Nak bersuara, takut. Sebab dia sorang, terus down niat nak berubah. Kan? Kita nak berubah, tapi masa lampau jugak yang dia diungkit ungkit. Sakit hati memang takde tahap dah. Kan? Tak faham apa yang dia nak sebenarnya.

Senyum.

Kalau awak penat, nanges jelah. Saya pun selalu nanges wak, memalam. Eh. Jangan tahan. Lepaskan semuanya. Lepas. Nanges dalam sujud. Cerita lah dekat Allah. Mintalah bantuan Dia. Minta, minta minta, sampai dapat. Kuat kan semangat. Selagi benda tu benda betul, inshaAllah Dia akan tolong.

"tapi kenapa macam Allah tak kasi saya berubah je..banyak betul dugaan saya nak berubah"

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: 'kami telah beriman', sedang mereka tidak diuji lagi?.."
[Al ankabut: 2]

Ingat Allah mudah mudah je ke nak kasi orang masuk Sorga dia? Ahha kenalah bagi ujian dulu. Nak tengok orang ni taff ke tak. Allah uji sebab sayang. Dia nak tahu sejauh mana cinta kita terhadap Dia.

Sod Ba Ro. And everything will be okay. Saya pun sedang mengalami keadaan ini. Memang penat sangat. Sama sama kita minta bantuan Allah. Moga Allah bantu. Sabar itu comel. Nak jadi comel? Marilah sabar berjemaah. Nanti konfem lagi comel daripada minion kbaiii. Wallahu'alam.