Monday 14 January 2013

Mungkin, di sini.

*kredit uncle google*

Bismillah.

Alhamdulillah, dengan result UPSR yang amat dijangka jangkakan hari tu. Redha. Semua classmate dah pergi sekolah menengah kat Malaysia. And, ramai dah tanya

"Munibah pergi sekolah mana? Takde bagitahu sekolah mana dapat ke apa ke apa ke."

Maaf! Bukan tak nak bagitahu. Tapi benda yang tak pasti, buat apa nak bagitahu awal awal? Tapi sekarang dah pasti dah. Sekarang saya dekat satu negara di Timur Tengah. Negara yang tak pernah aku bayang aku akan sampai di sini. Oh, apatah lagi bersekolah menengah di sini. Bumi Hassan al-Banna. Mesir.

Aku gi Mesir sebab nak jumpa kakak. Sambil jalan jalan. Cadang nak duduk sini 2 bulan. 2 bulan tu lama, so abi suruh pergi kelas bahasa arab untuk isi masa. K, tetiba dah suka dah duduk sini. Entah apalah yang menyebabkan aku suka bumi anbia' ini. Mungkin ilmu di sini. Ilmunya sangat lain dengan Mesia. Terasa lain.

So, lepas habis markaz lughah aku nak sambung Maahad Bu'uth insyaAllah. Hati aku kata, "Munibah ini tempat kau yang seterusnya. Di sinilah tempat yang terbaik." Tapi, hati aku dengan ketentuan Allah itu tak sama. Ya, itu rahsia Allah. Hm, ada yang kata belajar disini syok. Takde pbs. *macam dikira senanglah takde pbs tu* Tapi, bagi akulah kat mana manapun kita belajar tetap ada ujian.

Ada seorang hamba Allah ini selalu memperingati saya dengan kata katanya ini; "Belajar apapun, mana ada yang senang." Lagipun, kita ni kan orang beriman, pasti diuji tak kiralah dalam belajar, dalam keluarga atau dalam ukhuwah pasti akan diberi ujian.


"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?" [29: 2]

Doakan lah aku kat disini, moga aku mendapat sesuatu yang baru. Sesuatu yang amat berharga dan bermanfaat dalam hidup.

Untuk sahabat di Malaysia, selamat menempuh ujian di alam sekolah menengah pula. Moga anda anda semua kuat. InsyaAllah, Dia pasti membantu kalian. Jaga diri jaga iman! :)