Saturday 4 October 2014

Korbankan, walaupun ia pahit.


baru selesai solat isyak.
berlalu pergi ke bilik.
capai quraan tafsir.
tiba tiba
*zzz*
telefon pintar bergegar.

ada wassep, dari Farhan.
terkelu.
dah lama aku tak berhubung dengan dia.
mahu apa lagi dia ni?

"Atiqah, saya rindu awak."
berserta emoji sedih.

hati aku berdegup kencang.
ah mamat ni,
kenapa kacau aku lagi?
aku nak move on.
aku dah cakap kat dia padahal.
ya Allah.

rasa gatal jejari ini,
mahu reply.
walaupun dengan emoji.
memang rindu dia juga.
tapi saat itu,
hanya iman yang jadi benteng.

aku tak kuat.
aku baru nak berubah.
aku baru nak jaga ikhtilat.

tiba tiba aku ingat tazkirah yang pernah aku dapat dulu


"walau pahit manapun, kita kene korbankan benda yang kita sayang, untuk cari redha Allah,"


astaghfirullah Atiqah.
jangan reply.
ini semua nafsu.
ini semua godaan syaitan.

kau nak redha Allah, Atiqah.
hari tu dah janji,
dah taubat,
tak nak buat dosa.

malu.
malu lah pada Allah.

aku tiba tiba menangis.
aku ambil jalan,
biarkan wassep  itu last seen saja.

ini perinsip aku.
bila aku kata aku mahu berubah,
maka berakhirlah segala tentang kita.
walaupun aku masih sayangkan kau
tapi
aku sanggup berkorban
sebab aku lebih sayangkan Allah,
daripada segalanya.

maaf,
lalu segera dipadam nombor Farhan
daripada telefon pintarnya itu.

***

Rekaan semata mata. tiada kaitan dengan yang hidup mahupun yang sudah mati. Hidup tiada erti tanpa pengorbanan. Maka berkorbanlah buat apa yang kita sayang! Tadhiyyah. Moga kita sama sama mendapat iktibar. Salaam aidil adha 1435.