Sunday 20 November 2011

Semua Yang Berlaku Ada Hikmahnya ..

[frasa saya akan ditukarkan kepada aku kerana post ini mengenai hati seseorang]





Bismillah.

Raya   sudah   pon   tiba   namun aku  tidak  dapat  merasakan    kegembiraan   seperti   raya-raya    pada tahun   yang   lalu. (Raya tahun 2008 hihi)  Apabila aku   berfikir   mengapa    perasaan  sedemikian   yang aku    rasakan.  Puasku   mencari  apa  sebabnya !  Tapi  sukar benar untukku temui ! Fikir-fikir,  tiba-tiba terlintas perkataan  'keluarga'.  Tingg ! [mentol menyala]  ahaa !  aku  dah  tau  semua  jawapannya  ialah  kerana  nenek   tercinta  sudah  tiada,  abang-abangku   nun  jauh   disana  mencari   ilmu,   ayahku   pergi    menunaikan   umrah dan  atukku   beraya di  negara jiran. 


Niatku dan  keluarga untuk beraya di Kuala Lumpur nampaknya tak tercapai.Mak ngah  aku  mempelawa   aku   dan   keluarga   untuk    beraya  bersamanya   di   Sabak  Bernam, Selangor. Semasa  berada disana  aku  agak  malu dengan Nenek Mariam tetapi kerana sifat Nenek Mariam yang agak sepoting sifat maluku semakin  pudar dan kerana celoteh Miqdad yang kiut miut ni  aku  berasa  agak  terhibur..fes  taim kot aku beraya di  kampung orang dan  mungkin ini  kali  terakhir aku beraya disini..


miqdad.budak. comel.

Sewaktu raya pertama keluarga diorang meriah sangat tapi aku rasa sedih kerana mengingatkan semua ahli keluargaku  yang  tidak dapat  beraya  bersama aku. Tahun ini,    raya  yang   dikatakan  lagi bes  daripada Ramadhan, tidak  memberiku  apa-apa  kebahagiaan  bagiku. Mungkin  Raya  Aidilfitri  2008  akan  selalu
kuingati  kerana  itulah  kenangan  yang  paling  manis dalam   hidup aku. Jika  ikutkan  hati  aku,  mahukan
saja  mengulangi   kenangan   manis   itu,  tetapi   apakan   daya   seorang   hamba- Nya  yang   kerdil  lagi 
hina   mahu mengulangi masa.Itu sama sekali  tidak akan berlaku. Aku  tahu  bahawa  keluarga  aku   tidak mungkin  lagi  dapat  sempurna  seperti   dulu.  Walaupun   sedih,  tetapi   aku   sudah   sedar   sebenarnya  Allah   mahu  menguji  aku seperti kanak-kanak di Gaza yang kehilangan ibu dan ayah. (rasa   aku  macam dah  matang sikit dari dulu, hehe)  aku  amat   bersyukur  kerana  Allah  masih  memanjangkan  umur  ayah
dan   ibu   aku    walaupun   aku  tidak dapat    beraya    dengan    abi.   Aku    sangat    menyayangi    umi   dan   abi.   Thank you Allah !





suwit memori macam gula-gula kapas




Saturday 19 November 2011

Dunia Hanya Sementara


                                                                                                   

Bismillah..

Dunia adalah persinggahan bagi kita.Perjalanan kita masih panjang di akhirat.Sesungguhnya selepas dunia ialah  akhirat. Jadi  apa  yang  perlu  dilakukan  adalah  mengikut  perintah  Allah  [amar ma'ruf nahi mungkar]
Firman Allah:


"ketahuilah , sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan sendagurauan,perhiasan" 

[al-Hadid:20]


Dunia jambatan menuju Akhirat.Dunia bukanlah segala-galanya.Apabila Allah ingin mengambil nyawa seseorang hamba-Nya itu,tidak mengira waktu.Sejauh mana pun kita berlari,kita tetap tidak boleh lari daripada mati. Mati itu pasti. Jadi siapkanlah dirimu untuk berjumpa Allah.


                                                                                                   


Dunia Jambatan menuju akhirat..

Apakah pilihan kita Syurga atau Neraka ? Amalan yang menuntukan kita .
Perbanyakkanlah membaca Al-Quran..Menderma , membuat amal jariyah dan sebagainya..Apa yang di bawa adalah amalan.Harta , keluarga kita tinggalkan..Jadi buatlah saham amalan sebanyak secukupnya..Jika kita sudah ke sana , kita tidak boleh pulang ke dunia walau bagaimanapun. Kehidupan di sana adalah yang kekal selama-lamanya.Wahai saudarku ingatlah dunia yang persinggahan untuk menuju ke akhirat kelak. Dan bagi Ummat Islam dunia adalah penjara kehidupan buat kita kerana kita mendaptkan Syurga di akhirat. InsyaAllah..