[frasa saya akan ditukarkan kepada aku kerana post ini mengenai hati seseorang]
Bismillah.
Raya sudah pon tiba namun aku tidak dapat merasakan kegembiraan seperti raya-raya pada tahun yang lalu. (Raya tahun 2008 hihi) Apabila aku berfikir mengapa perasaan sedemikian yang aku rasakan. Puasku mencari apa sebabnya ! Tapi sukar benar untukku temui ! Fikir-fikir, tiba-tiba terlintas perkataan 'keluarga'. Tingg ! [mentol menyala] ahaa ! aku dah tau semua jawapannya ialah kerana nenek tercinta sudah tiada, abang-abangku nun jauh disana mencari ilmu, ayahku pergi menunaikan umrah dan atukku beraya di negara jiran.
Niatku dan keluarga untuk beraya di Kuala Lumpur nampaknya tak tercapai.Mak ngah aku mempelawa aku dan keluarga untuk beraya bersamanya di Sabak Bernam, Selangor. Semasa berada disana aku agak malu dengan Nenek Mariam tetapi kerana sifat Nenek Mariam yang agak sepoting sifat maluku semakin pudar dan kerana celoteh Miqdad yang kiut miut ni aku berasa agak terhibur..fes taim kot aku beraya di kampung orang dan mungkin ini kali terakhir aku beraya disini..
miqdad.budak. comel. |
Sewaktu raya pertama keluarga diorang meriah sangat tapi aku rasa sedih kerana mengingatkan semua ahli keluargaku yang tidak dapat beraya bersama aku. Tahun ini, raya yang dikatakan lagi bes daripada Ramadhan, tidak memberiku apa-apa kebahagiaan bagiku. Mungkin Raya Aidilfitri 2008 akan selalu
kuingati kerana itulah kenangan yang paling manis dalam hidup aku. Jika ikutkan hati aku, mahukan
saja mengulangi kenangan manis itu, tetapi apakan daya seorang hamba- Nya yang kerdil lagi
hina mahu mengulangi masa.Itu sama sekali tidak akan berlaku. Aku tahu bahawa keluarga aku tidak mungkin lagi dapat sempurna seperti dulu. Walaupun sedih, tetapi aku sudah sedar sebenarnya Allah mahu menguji aku seperti kanak-kanak di Gaza yang kehilangan ibu dan ayah. (rasa aku macam dah matang sikit dari dulu, hehe) aku amat bersyukur kerana Allah masih memanjangkan umur ayah
dan ibu aku walaupun aku tidak dapat beraya dengan abi. Aku sangat menyayangi umi dan abi. Thank you Allah !
No comments:
Post a Comment