Tuesday 30 December 2014

2014?

life is gift, appreciate it.


Hai semua esok dah 31 December 2014. Rasa macam baru je masuk 2014. *ayat cliche* 

2014 aku ni takde lah sampai worst year dalam hidup aku. Cuma, banyak belajar benda baru. Banyaaaak sangat.

Ye, kadang kadang malas nak ingat kesalahan yang kita buat. Sebab menyesal. Tapi bila fikir balik sebenarnya kesalahan tu yang memperbaiki diri kita ni jadi manusia yang lebih baik.

Kita manusia, haruslah buat silap. Dan kita akan belajar something dari situ. Jangan ulang kesalahan  yang sama dua kali. Just don't. 

Sebab bila kau ulang kesalahan yang sama dua kali, manusia akan mula benci kau. Mula rasa annoy dengan kau. Dan barangkali mula cakap belakang.

And, that was the worse feeling ever. Serious talk.

Tapi ni lah hakikat kehidupan. Mana ada semua seronok. Mana ada semua bahagia. Thats why we called it as life :)

Sabar dan doa. Tu je kita mampu.

Tapi jangan kecewa sangatlah dengan manusia. Sebab Allah tu tetap ada. Yang sentiasa dekat dengan kita. Yang sentiasa jadi kekuatan, saat kita jatuh mahupun tak.
Qaaf ayat 16.

Thanks 2014 for all the lessons.
And we should start a new life, for better.
Welcome 2015.

Wednesday 3 December 2014

Muhasabah.


[credit]


Kadang kadang,
kita selalu rasa

takpe at least
aku tak couple
aku tutup aurat
aku baik dah
aku inshaAllah ahli Syurga
dah cukup (kot) amalan aku
dah sedia dah untuk mati

Padahal realitinya?

Solat fardhu pon lambat
Quran pon pegang jarang jarang

Mak ayah pon tak hormat

Ahli Syurga cemana tu?
Jangan pernah tertipu dengan rasa amal terlalu cukup.
Mungkin, kita rasa dah buat banyak amalan
tapi
banyak mana yang Allah terima?

Keikhlasan kita,
apakah benar benar ikhlas?

Kita sendiri tahu kita macam mana.
Kita sendiri tahu.

Dan, kita sendiri yang pilih
untuk terus hidup macam ni
atau
mulakan hidup yang lebih baik
dengan berubah.

Pilihan di tangan kita.

***

Entry super pendek tapi moga moga memberi kesan serta membuka hati diri aku sendiri dan kau yang tengah baca ni. Allahu'alam. Moga Allah redha.

Saturday 4 October 2014

Korbankan, walaupun ia pahit.


baru selesai solat isyak.
berlalu pergi ke bilik.
capai quraan tafsir.
tiba tiba
*zzz*
telefon pintar bergegar.

ada wassep, dari Farhan.
terkelu.
dah lama aku tak berhubung dengan dia.
mahu apa lagi dia ni?

"Atiqah, saya rindu awak."
berserta emoji sedih.

hati aku berdegup kencang.
ah mamat ni,
kenapa kacau aku lagi?
aku nak move on.
aku dah cakap kat dia padahal.
ya Allah.

rasa gatal jejari ini,
mahu reply.
walaupun dengan emoji.
memang rindu dia juga.
tapi saat itu,
hanya iman yang jadi benteng.

aku tak kuat.
aku baru nak berubah.
aku baru nak jaga ikhtilat.

tiba tiba aku ingat tazkirah yang pernah aku dapat dulu


"walau pahit manapun, kita kene korbankan benda yang kita sayang, untuk cari redha Allah,"


astaghfirullah Atiqah.
jangan reply.
ini semua nafsu.
ini semua godaan syaitan.

kau nak redha Allah, Atiqah.
hari tu dah janji,
dah taubat,
tak nak buat dosa.

malu.
malu lah pada Allah.

aku tiba tiba menangis.
aku ambil jalan,
biarkan wassep  itu last seen saja.

ini perinsip aku.
bila aku kata aku mahu berubah,
maka berakhirlah segala tentang kita.
walaupun aku masih sayangkan kau
tapi
aku sanggup berkorban
sebab aku lebih sayangkan Allah,
daripada segalanya.

maaf,
lalu segera dipadam nombor Farhan
daripada telefon pintarnya itu.

***

Rekaan semata mata. tiada kaitan dengan yang hidup mahupun yang sudah mati. Hidup tiada erti tanpa pengorbanan. Maka berkorbanlah buat apa yang kita sayang! Tadhiyyah. Moga kita sama sama mendapat iktibar. Salaam aidil adha 1435.

Thursday 5 June 2014

Luarbiasa, bukan biasa biasa.




Kena redha.
Allah dah susun, yang terbaik.
Kun Fayakun! Maka jadilah ia.
Kena husnudzhon dengan Dia.
Kena!
Buatpe nak sesali benda dah jadi?
Bukan boleh ulang balik pun.
Maybe umur cam aku sesuai kat tanah air ni lagi.
Muda sangat. Tak makan garam lagi dalam hidup ni.
Tapi yang penting, aku tak boleh ulangi kesilapan yang lalu tu;
Tak menghargai ukhuwwah bebetul, membazir masa, main main dalam DnT.
Jangan. Jangan ulangi dah. 
Mamnuq!

Ingat lagi, ada sekali tu aku malas nak gi usrah. =.="
Perangai nauzubillah betul.
Aku cari jalan nak ponteng usrah kot.
Nakal.
Last last kena paksa dgn umi.
Yang best, pengisian hari tu sentap nak matiii.
DUSH! *batu besar jatuh atas kepala dari langit*  
Nak pengsan aku rasa masa naqibah cakap.
Tunduk je.
Tahan air mata biar tak nanges wooh.
Tapi, inilah hidayah Allah.
Hidayah yang aku benar benar rasa.
Ubah hidup aku, jadi lebih matang.
Sejak dari tu, aku addicted dengan usrah.
Haha lawak je.
Rasa cam usrah ni tempat kita reflect diri. Muhasabah.
Even, aku pernah je rasa tak suka usrah aku tu.
Ada lah certain certain sebab aku tak suka.
Tapi, tu dululah.
Sekarang rindu tak bertahap weyyy!
Hikhokhuk.
Okay.

Aku kena bersyukur Allah bagi rasa duk Mesir 7 bulan.
Hey, 7 bulan kot! Lama tuuu!
Semua cakap aku beruntung sehhh.
Mereka kata, "untung tahu kenal Tarbiyyah di usia muda"
Aku kena bersyukur!
Memang, Tarbiyyah Mesir tu super-duper-osem-gila-nak-matiii fuh.
Tapi, sampai bila nak melekat kat bumi musa je?
Kat Malaysia pun ada tarbiyyah kan?
Senyum lebar lebar.



***

Ni notes dalam laptop sebenarnya. Buat sebab tahun lepas, hampir hari hari nanges teringat Mesir. Huuu.

Mesir, aku amat yakin jodoh kita masih kuat. Aku amat yakin! satu hari, akan ku datang kepadamu kembali. Sungguhlah, tarbiyyah Mesir ni tarbiyyah luarbiasa, bukan biasa biasa. Sumpah rare. Doakan Mesir.

Friday 17 January 2014

Diam.

Bismillah.

Diam.

Orang dulu dulu suka cakap, diam tu tanpa setuju. Erk. Tapi bagi saya, diam ada banyak maksud. Banyaaak sangat. Diam itu subjektif. Boleh dak gitu? Haha.

Biasanya orang diam sebab kecewa, marah, gembira *gembira sangat sampai tak tahu nak cakap apa*
Biasanyalah. Kalau saya, saya diam sebab ada masalah. Okay saja bagitahu. Tapi, kalau mereka yang hebat ni. Mereka diam sebab tak ada benda yang bermanfaat untuk dibicarakan. Woahha, bukan macam kita. 24/7 potpetpotpet. Dan saya akui saya pun banyak mulut k. 


"Falyaqul khairan au falyasmut." 
[HR Bukhari & Muslim]
:

 Berkata benarlah ataupun diam.


Sebab apa kena diam kalau takde benda nak cakap? Sebab kata kata kita ni yang senang nak dapat dosa, yang senang buat orang sakit hati. Cam dalam satu nasyid ni lirik dia, terlajak perahu boleh diundur terlajak kata hilang percaya. Lidah tanpa tulang ni juga boleh jadi pembawa kita ke neraka. Nauzubillah.

Tapi bukanlah sampai jadi tunggul. Orang tanya result PMR dapat berapa, dia duk diam je. Ataupun sorang ukhti ni nak taaruf dengan kita, pastu diam. Sebab berkata benarlah ataupun diam kan? Er. Hey bukanlah begitu maksudnya. Nak cakap tu berpada padalah. Jangan sampai mengutuk orang, mengumpat orang, sebar pasal aib orang sana sini. Gituuuuh.


Abam abam kachak kita. Pheww!


Bukan sekadar jaga mulut, malah jaga telinga, mata dan lain lain. Sebab semuanya boleh mendatangkan dosa antara sengaja atau tidak sengaja. Nak jadi mukmin hebat kan? Ayo praktiskan!
Entry pendek ini di-dedikasi-kan dulu buat saya sendiri yang juga seorang pendosa. Wallahu'alam. Oh dan terima kasih kepada inche Gabbana atas words tertentu yang saya petik dari blognya eheh.