Monday 29 April 2013

Disapa Tarbiyyah.

Bismillah.

*frasa saya ditukarkan kepada aku kerana entry ini ada unsur unsur curhat*
Okay. Hari ni, cukup 7 bulan kat di Mesir. Cukup gak 7 bulan disapa Tarbiyyah. Allah. Indahnya saat tu. Ingat lagi, time first usrah. Cuak time nak pergi usrah. Tak tau rasa dia cemana en memang lah.

Bila dah habis usrah. Terus lahir rasa, oh ini kah usrah. Bulatan gumbira ini yang memang benarlah gumbira weh macam inche gabbana cakap tu. Eh. Ni ke murabbi yang osem. Ni ke ahli-ahli usrah. Wah cam tak caye. Haha.


 
*kredit*

Alhamdulillah ala kullu nikmah. Mabit, daurah, jaulah, mukhayyam kat sini dah pernah aku rasa. Boleh la bawa balik sikit Malaysia. At least bermanfaat. Ramai gak kakak-kakak cakap;

"Untungnya awak! umur 13 dah datang sini, dah rasa tarbiyyah."

Alhamdulillah. Allah bagi. Aku pun baru terfikir, awalnya aku disapa tarbiyah. Ha'ah. Muda sangat. Jadi? Jadi gunakan peluang ni sebaiknya. Aku kena guna elok-elok ni. Lepas ni, aku nak jadi penyambung macam diorang. Penyambung dakwah ini. Terus menyebarkan kebaikan, selagi mampu. InsyaAllah.

Nikmat betul berada dalam tarbiyyah. Bila nak buat apa-apa, mesti ada yang pesan, tajdid niat! Bila sedih mesti ada yang menasihat. Bila kuchiwa ada je yang rajin bagi taujihat. Bila nak marah, ada yang mengingati untuk sabar. Ya Allah. Suka sangat. Haybat. Akhawat Mesir memang haybat. Selalu tunjuk qudwah kat adik kecik ni. Untung siapa dapat, serius. Okay lari tajuk.

Moga kita thabat, selamanya!

Btw, ana nak ucap terima kasih sangat sangat sebab buat ana jatuh chenta pada DnT ni. Ana sayang antunna fillah lillah. Doakan ana thabat. Doakan ana kuat. Doakan ana berjaya jadi macam antunna. Beruntung ana ada atas jalan ni. Alhamdulillah. Ana pun nak gapai ustaziatul alam sama-sama. Sebab kita takkan boleh kuat sorang-sorang kan? Kita kena berjemaah.

Nah dalil.

"Dan berpegang teguhlah kamu sekalian pada tali Allah seraya berjama’ah, dan janganlah kamu berfirqah-firqah (bergolong-golongan), dan ingatlah akan ni’mat Allah atas kamu tatkala kamu dahulu bermusuh-musuhan maka Allah jinakkan antara hati-hati kamu, maka dengan ni’mat itu kamu menjadi bersaudara, padahal kamu dahulunya telah berada di tepi jurang api Neraka, tetapi Dia (Allah) menyelamatkan kamu dari padanya; begitulah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepada kamu, supaya kamu mendapat petunjuk."  [Ali ‘Imran:103 ]


Moga bermanfaat. Cuma berkongsi cerita. Doakan aku. Jay zack kay kay! Senyum kenyit mata sikit. Eheh.