Sunday 25 December 2011

Allah Maha Hebat !




Bismillah.

Pernahkah kita terfikir, untuk apakah  Allah  itu  menjadikan Bumi, langit,dan  sewaktu dengannya. Adakah Al-Khaliq itu menjadikan sesuatu perkara itu dengan sengaja? Tidak! Allah itu Maha Bijaksana.Tidak akan diciptaNya sesuatu perkara dengan sengaja. Pasti ada hikmahnya kan? He knows the best.


Dia menjadikan Bumi sebagai tempat tinggal manusia dan jin. Diciptakannya juga haiwan-haiwan, laut, langit, hutan tumbuh-tumbuhan dan seangkatan dengannya dengan perfek. Dia menjadikan manusia dan jin hanya untuk beribadah kepada-Nya. Allah berfirman:


''Dan tidaklah Aku menciptakan jin dan manusia melainkan hanya untuk beribadah kepada Aku"

[Adz-Dzariyat:56]


Inilah tasik ciptaan Sang Pencipta. Indah sungguh bukan?

                                                                          

Kita seharusnya bersyukur. Bersyukur kerana Allah telah menjadikan manusia itu sebaik-baik ciptaanNya, tahu? Tapi,tidak  bermakna  kita  berangkuh  pula bila  manusia  itu  sebaik-baik  ciptaanNya.   Kita harus bertawaduk keran kita ini hanyalah hambaNya yang kerdil lagi hina.




Tahu manusia itu sebaik-baik ciptaanNya kerna apa? Meh saya mahu cerita. Kebanyakkan di dunia ini mesti berbayar, benar? Malah, jika mahu membuang air juga. Er. No free of charge.   Ok. Untuk Hidup manusia perlukan udarakan? Cuma kita semua bayangkan, mahu sedut udara juga perlu berbayar, [hekkk. sedut udara, sekali RM 2.00] bolehkah kita hidup? haa. Takkan lah, macam ni. 'Allah aku nak sedut.' Pastu bayar 2 ringgit. Dapatlah sedut. 'Nak lagi?' [buat muka kesian]..Bayar 2 ringgit. 'Nak lagi'.Bayar 2 ringgit. Wahh! habis la.  Hah! itulah Allah hebat bukan?



Mahu contoh lagi? Hmm, takpa-takpa biar saya jelaskan lagilah tapi secara berringkas ya? Langit Allah jadikan tanpa tiang, hidung, mengapa  lubang hidung kita itu tidak ke atas? Lagi mudah hendak menyedut udara? Haish! Mana boleh, kalau lubang hidung kita ke atas, memanglah senang nak menyedut udara, tapi jika hujan. Argh! Lemaslah kita.[penuh air masuk dalam hidung] Ops! hehe.

     Langit kepunyaan Al-Khaliq kita.
                                                              


Haa! Bagaimana? Allah itu memang terlampau hebat.. Cukupkan penjelasan saya? InshaAllah. Macam-macam diciptaNya. Jadi tugas kita pula mengikut perintahNya dan berusaha menjadi KhalifatuRahman. BiizniLlah.Allah juga amat-amat menyayangi hamba-hambaNya lebih daripada seorang ayah itu menyayangi anaknya. Kita juga kenalah mencintai Al-Khaliq. Ingat juga ya? Cinta Al-Khaliq itulah yang paling utama.











No comments:

Post a Comment