Sunday 25 December 2011

Allah Maha Hebat !




Bismillah.

Pernahkah kita terfikir, untuk apakah  Allah  itu  menjadikan Bumi, langit,dan  sewaktu dengannya. Adakah Al-Khaliq itu menjadikan sesuatu perkara itu dengan sengaja? Tidak! Allah itu Maha Bijaksana.Tidak akan diciptaNya sesuatu perkara dengan sengaja. Pasti ada hikmahnya kan? He knows the best.


Dia menjadikan Bumi sebagai tempat tinggal manusia dan jin. Diciptakannya juga haiwan-haiwan, laut, langit, hutan tumbuh-tumbuhan dan seangkatan dengannya dengan perfek. Dia menjadikan manusia dan jin hanya untuk beribadah kepada-Nya. Allah berfirman:


''Dan tidaklah Aku menciptakan jin dan manusia melainkan hanya untuk beribadah kepada Aku"

[Adz-Dzariyat:56]


Inilah tasik ciptaan Sang Pencipta. Indah sungguh bukan?

                                                                          

Kita seharusnya bersyukur. Bersyukur kerana Allah telah menjadikan manusia itu sebaik-baik ciptaanNya, tahu? Tapi,tidak  bermakna  kita  berangkuh  pula bila  manusia  itu  sebaik-baik  ciptaanNya.   Kita harus bertawaduk keran kita ini hanyalah hambaNya yang kerdil lagi hina.




Tahu manusia itu sebaik-baik ciptaanNya kerna apa? Meh saya mahu cerita. Kebanyakkan di dunia ini mesti berbayar, benar? Malah, jika mahu membuang air juga. Er. No free of charge.   Ok. Untuk Hidup manusia perlukan udarakan? Cuma kita semua bayangkan, mahu sedut udara juga perlu berbayar, [hekkk. sedut udara, sekali RM 2.00] bolehkah kita hidup? haa. Takkan lah, macam ni. 'Allah aku nak sedut.' Pastu bayar 2 ringgit. Dapatlah sedut. 'Nak lagi?' [buat muka kesian]..Bayar 2 ringgit. 'Nak lagi'.Bayar 2 ringgit. Wahh! habis la.  Hah! itulah Allah hebat bukan?



Mahu contoh lagi? Hmm, takpa-takpa biar saya jelaskan lagilah tapi secara berringkas ya? Langit Allah jadikan tanpa tiang, hidung, mengapa  lubang hidung kita itu tidak ke atas? Lagi mudah hendak menyedut udara? Haish! Mana boleh, kalau lubang hidung kita ke atas, memanglah senang nak menyedut udara, tapi jika hujan. Argh! Lemaslah kita.[penuh air masuk dalam hidung] Ops! hehe.

     Langit kepunyaan Al-Khaliq kita.
                                                              


Haa! Bagaimana? Allah itu memang terlampau hebat.. Cukupkan penjelasan saya? InshaAllah. Macam-macam diciptaNya. Jadi tugas kita pula mengikut perintahNya dan berusaha menjadi KhalifatuRahman. BiizniLlah.Allah juga amat-amat menyayangi hamba-hambaNya lebih daripada seorang ayah itu menyayangi anaknya. Kita juga kenalah mencintai Al-Khaliq. Ingat juga ya? Cinta Al-Khaliq itulah yang paling utama.











Aku dan Mereka..

[Frasa saya akan ditukarkan kepada aku kerana post ini mengenai kehidupan seseorang]



Bismillah.




Hari ini, 25 disember 2011bersamaan 30 Muharam 1433 hijriyah. sudah hampir seminggu mereka pergi. Kehilangan mereka amatlah bermakna buatku. Tapi aku harus tabah, aku harus meneruskan kehidupanku walaupun mereka meninggalkan aku.


Mereka meninggalkanku bukan dengan sengaja tapi belajar, dapat tawaran bekerja di sana. Aku bahagia melihat mereka bahagia. Dulu kami berlapan kini berempat. Empat di Malaysia, empat di Egypt. Tapi siapa kata aku dan mereka terputus hubungan ? kami sentiasa berhubung antara satu sama lain.


Ukhuwwah kami dijalin sejak dari kecil, kami berprogram bersama-sama. Aku masih ingat, program itu bernama ' Promesic ' yang singkatannya daripada Program Membina Sakhsiah Cemerlang.Walaupun hanya sepupu-sepupu yang menjadi pesertanya. Tapi program itu tetap seronok dan berguna buat kami. Program itu dapat diakan hanya selama 3 tahun berturut-turut. Fesinya pula kak Effah, Kak Qila dan  Kak Modah. Pesertanya pula Maimanah, Aliya, Zinnirah, Uswah, Ahmad, Aiman, Hasanain dan Aku. Kami amat rapat. Rasanya setiap kali pulang ke kampung, mesti mahu jumpa semua. We're always together.



Peserta - peserta yang ceria


[Para fesi bersama peserta yang chomel-chomel ni]

Masa berlalu begitu pantas, kini aku sukar berjumpa dengan mereka. Kami memang amat rindu untuk berkumpul bersama-sama seperti dulu. Tapi tahu-tahu jelah masing-masing sungguh bizi dengan hal masing-masing. Aku di Malaysia. Mereka di Egypt. Huh! jauh tu. Dulu, Kami sama-sama cerita hal sekolah, macam lah kalau jumpa tu. hehe. Memanglah dah la jarang jumpa kan kecuali cuti sekolah. Kalau ada masalah, sama-sama bincang. Wahh! rindunya saat-saat ni. (suwit sangat kan?) Tapi jangan fikir kami ayik bersenda gurauan je ya? Kami tetap saling pesan-memesan dan saling ingat mengingati. Seperti firman Allah :

"Sesungguhnya manusia berada di dalam kerugian kecuali, orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan kesabaran"

[Al-'Asr:2 & 3]


InsyaAllah kami memang mahu tergolong dalam golongan seperti di atas. Ukhuwwah kami itu terbina kerana Allah. Ukhuwwah kami takkan terputus sekalipon walau jauh ke mana,  kecuali  dengan izin  Sang  Pencipta

Aku ingin sekali supaya suatu   hari   nanti kami  dapat  berkumpul  semula.  Walaupon  masih  ada  4  orang  lagi yang berada di Malaysia tetapi kami tetap mahu bersatu kembali. InshaAllah. Ukhuwwah itu indah jika bertemu dan berpisah kerana-Nya. Saya amat merindui mereka