Sunday 11 March 2012

Hidup ini osem! Berterima Kasihlah kepada Allah!!

  HIdup ini sumpah Osem !

Bismillah..
Alhamdulillah, kita diberi peluang hidup di bumi milik Allah yang indah ini. Pelbagai-bagai DIA cipta di bumi ini kan? Burung, Pokok, Bunga, Hutan, Manusia.. SubhanAllah .. macam macam lah ..Sampai esok pon tak habis-habis lagi jika nak di lis kan..huahuahua..Nak cherita, banyaknya Allah cipta..

Tak pernah ke kita jenguk-jenguk apa yang Allah cipta ni. Ish,ish,ish. Lalainya kita. Keluar rumah tu, tengok-tengok la dekat pokok, ulat yang banyak kaki berjalan dari satu ranting ke satu ranting. Walaupun ada banyak kaki, berapa minit dia jalan. Lambat sangat, bukan macam kita, 'cet,cet,cet' sampai . kekeke.


Rezeki kita juga daripada Allah. Allah hanya mahu hamba-hambaNya mematuhi perintahNya.Lalu, Dia akan berikan rezeki yang berupa wang, makanan dan sebagainya untuk kita. Tapi kita,    selepas   makan.  "wahh, kenyangnya!". Alah, ingat saya tak tahu anda sedang tersengih  macam  'kerang busuk'  masa membaca  ayat tadi,   sebab   memang     benar   anda   berperangai   cengitu   kan   kan?..    Bukan   mahu    mengucapkan ALHAMDULILLAH, ni.  wah,yeayh! Dahla tak ikut perintah Allah. Rezeki nak pula. Apa  barang  makhluk kita ni?. Buat malu  je kat  pokok  yang sentiasa  berzikir pada Allah, pokok   pon   mengikut  perintah Allah.

pokok juga berzikir

Hidup di dunia ini pon dah osem, huh cam mana la kat Sorga Allah? huh. mesti berjuta kali osem la dari dunia ni.. Allah memang Maha Penyayang! Dunia ini Dia cipta memang sesuai untuk kita. Ada oksigen,  makanan, air.. Memang serba lengkap. perfek!  Tapi kita je yang tak pandai jaga bumi kita ni..


Allah juga menjadikan siang dan malam untu hamba-hambaNya. Siang untuk membuat kerja, mencari rezeki dan banyak lagi. Malam pula dijadikan kita untuk tidur, berehat.Hmm, cam mana? Osem bukan? *sambil mengangkat kening*

SubhanAllah! Amazing.


Ummat Islam perlukan 'pembimbing' serta 'buku panduan' untuk hidup disini mengikut arahan Allah. Rasulullah sebagai pembimbing serta Al-Qur'an sebagai buku panduan kita. So, ikut je lah apa yang Rasulullah suruh lepas tu rujuk Al-Qur'an.. Perbanyakkan membaca Al-Qur'an..


Sekarang! Now! Anda wajib berterima kasih kepada Allah atas apa yang diberi kepada kita, dengan mematuhi undang-undang Allah..Undang-undang Allah tuh, perintah Allah la. Wahai! Kalau anda tak mahu ikut juga undang-undang Allah,, pergi cipta la planet lain! Jangan duduk kat bumi ni,  tahu?


Wallahualam..

No comments:

Post a Comment