Alhamdulillah, setelah beberapa bulan telah diseksa dengan UPSR,
kini saya dah freedom! *apesal rasa macam nak baling kerusi ni..?*
Sekian lama dah tunggu saat-saat freedom. Tapi bukannya freedom yang
sebenar-benarnya sebab kita kan HAMBA. Nak freedom kenalah tungggu
akhirat dulu kan? Freedom kat Sorga Allah. InshaAllah.
*kredit* |
Saya kata "Sekali lagi " kerana hari tu saya dah
kena tinggal dengan sepupu terchenta, hakak-hakak dan abang-abang.
Sekarang, mereka pula? Mengapa? Saya tak mahu tinggalkan mereka! Oh
Allah, please.. Saya tak nak ulangi lagi.
Warghh! *menjerit sepenuh hati sambil berlari-lari di tengah padang yang
luas*
Saya memang happy tapi agak bercampur dengan perasaan sedih. Walaupun
kawan-kawan kata " Yeah, kita dah boleh enjoy!", tapi saya tak fikir nak
enjoy. Still sedih sangat. Ntahlah, tak tahu la kenapa. Malas nak enjoy
enjoy sangat. Sekarang memang tengah sedih. Sedih, susah nak bagitau
rasa sedih, hanya Dia yang tahu.
Saya sedih sebab saya kena ulangi lagi. Saya benci nak ulangi ia, tapi Takdir Ilahi. Saya cuba untuk redha.
Saya belajar menerimanya. Setelah 6 tahun belajar satu kelas,
suka duka dikongsi bersama. Saya dan mereka. Kadang-kadang pernah juga
terasa hati. Berukhuwwah. Itu perkara biasa. Saya tetap sayang mereka.
Kami saling memerlukan.
Sayang kalian! *sila abaikan budak yang mengangkat tangan di belakang itu* |
Hmm, memang masa ni jeles melihat keakraban kami. Dia sentiasa bergerak pantas sehingga membuatkan saya lupa, lupa bahawa kami memang akan berpisah. Mana ada satu kelas akan bersama bila naik sekolah menengah. Itu mustahil, kalau ada pon. Kompem, bakal melakar sejarah dunia. Bhahaha. Ya! Saya tahu orang-orang yang beriman itu akan bersama di akhirat kelak. InshaAllah.
Ok. Baiklah. Sekarang saya perlu akur, redha dengan Takdir. Semua yang berlaku ada hikmahnya. Ya! Saya perlu belajar. Bukan saya sorang je en yang sedih, semua orang. Bukan saya sorang je yang tak nak berpisah, tapi mereka juga. Kita semua tak mahu berpisah. Takpe, walau jauh di mata, dekat di hati. Ewaaaaahh. Hehe. Heh,its okay lah untuk sahabat houyeah sejantina.
Saya kena faham "Ukhuwwah itu indah jika bertemu dan berpisah
keranaNya", tak guna cakap je, tapi tak faham.
*itulah perangai saya* Saya mahu cuba kuatkan diri, kuatkan diri agar
tak sedih lagi. Buang perasaan sedih tu jauh-jauh. Sekarang, redha saja
dengan qada' dan qadar Allah.
Untuk BFTJ saya. Sebenarnya sudah lama saya berangan, kita dapat
'berbulatan gumbira' bersama! Ya Allah, indahnya jika begitu. Kita
sama-sama pimpin tangan menuju ke Jannah Ilahi. Sama-sama kita rasai
kemanisan
ukhuwwah Fillah yang sebenar-benarnya. Kita kan Best Friends Till
Jannah. Ini baru BFTJ yang sebenar. Oh, ini sungguh hosem..!
Kepada murid 6 Mariam dua ribu doblas dan chekgu-chekgu sktam harap maafkan salah silap yang saya lakukan. Espeseli cikgu Rubani, Cikgu Mazlina, Cikgu Cah dan Teacher Zaitun. Terima kasih atas tunjuk
ajar kawan-kawan dan Chekgu yang mengajar saya hingga berjaya menjawab UPSR dengan mudah..! Saya doakan kalian berjaya dunia akhirat. Biiznillah.
Hmm, kawan-kawan pon mesti sedih sebab kita nak berpisahkan? Ni ada satu kuot hosem, memang sesuai untuk yang sedang berkeadaan macam kita.
"La Tahzan, Innallahama'ana."
atau
"Don't be sad, Allah surely with us."
Munibah Lokman.