Friday, 28 September 2012

Sekali lagi?


Bismillah.
Alhamdulillah, setelah beberapa bulan telah diseksa   dengan     UPSR, kini saya dah freedom! *apesal rasa macam nak baling kerusi ni..?* Sekian  lama  dah tunggu saat-saat freedom. Tapi bukannya freedom yang sebenar-benarnya sebab kita kan HAMBA. Nak freedom kenalah tungggu akhirat dulu kan? Freedom kat Sorga Allah. InshaAllah.



*kredit*



Saya kata "Sekali lagi " kerana hari tu saya dah kena tinggal dengan sepupu terchenta, hakak-hakak dan abang-abang. Sekarang, mereka pula? Mengapa? Saya tak mahu tinggalkan mereka! Oh Allah, please.. Saya tak nak ulangi lagi. Warghh! *menjerit sepenuh hati sambil berlari-lari di tengah padang yang luas*

Saya memang happy  tapi agak bercampur dengan perasaan sedih. Walaupun kawan-kawan kata " Yeah, kita dah boleh enjoy!", tapi saya tak fikir nak enjoy. Still sedih sangat. Ntahlah, tak tahu la kenapa. Malas nak enjoy enjoy sangat. Sekarang memang tengah sedih. Sedih, susah nak bagitau rasa sedih, hanya  Dia yang tahu.

Saya sedih sebab saya kena ulangi lagi. Saya benci nak ulangi ia, tapi Takdir Ilahi. Saya cuba untuk redha.
 Saya belajar menerimanya. Setelah 6 tahun belajar satu kelas, suka duka dikongsi bersama. Saya dan mereka. Kadang-kadang pernah juga terasa hati. Berukhuwwah. Itu perkara biasa. Saya tetap sayang mereka. Kami saling memerlukan.

Sayang kalian! *sila abaikan budak yang mengangkat
tangan di belakang itu*


Hmm, memang masa ni jeles melihat keakraban kami. Dia sentiasa bergerak pantas sehingga membuatkan saya lupa, lupa bahawa kami memang akan berpisah. Mana ada satu kelas akan bersama bila naik sekolah menengah. Itu mustahil, kalau ada pon. Kompem, bakal melakar sejarah dunia. Bhahaha. Ya! Saya tahu orang-orang yang beriman itu akan bersama di akhirat kelak. InshaAllah.

Ok. Baiklah. Sekarang saya perlu akur, redha dengan Takdir. Semua yang berlaku ada hikmahnya. Ya! Saya perlu belajar. Bukan saya sorang je en yang sedih, semua orang. Bukan saya  sorang je yang tak nak berpisah, tapi mereka juga. Kita semua tak mahu berpisah. Takpe, walau jauh di mata, dekat di hati. Ewaaaaahh. Hehe. Heh,its okay lah untuk sahabat houyeah sejantina.

Saya kena faham "Ukhuwwah itu indah jika bertemu dan berpisah keranaNya", tak guna cakap je, tapi tak faham. *itulah perangai saya*  Saya mahu cuba kuatkan diri, kuatkan diri agar tak sedih lagi.  Buang perasaan sedih tu jauh-jauh. Sekarang, redha saja dengan qada' dan qadar Allah.

Untuk BFTJ saya. Sebenarnya sudah lama saya berangan, kita dapat 'berbulatan gumbira' bersama! Ya Allah, indahnya jika begitu. Kita sama-sama pimpin tangan menuju ke Jannah Ilahi. Sama-sama kita rasai kemanisan   ukhuwwah Fillah yang sebenar-benarnya. Kita kan Best Friends Till Jannah. Ini baru BFTJ yang sebenar. Oh, ini sungguh hosem..! 

Kepada murid 6 Mariam dua ribu doblas dan chekgu-chekgu sktam harap maafkan salah silap yang saya lakukan. Espeseli cikgu Rubani, Cikgu Mazlina, Cikgu Cah dan Teacher Zaitun. Terima kasih atas tunjuk
ajar kawan-kawan  dan Chekgu yang mengajar saya hingga berjaya menjawab UPSR dengan mudah..! Saya doakan kalian berjaya dunia akhirat. Biiznillah.

Hmm, kawan-kawan pon mesti sedih sebab kita nak berpisahkan? Ni ada satu kuot hosem, memang sesuai untuk yang sedang berkeadaan macam kita.


"La Tahzan, Innallahama'ana."
atau

"Don't be sad, Allah surely with us."



                                                                                                                                      Munibah Lokman.
                                                                           

2 comments:

  1. wah bestnyew..
    akak nie bakal mengakat senjata untuk medan SPM pula..
    doakan Akak ^____^

    http://nurainishahroni.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah. Oh, SPM. Good Luck akak!

      Delete