Monday, 18 February 2013

Bermula.

Bismillah.

Aku peliklah. Aku sebenarnya tak percaya lagi aku duduk kat Mesir tanpa umi abi sekarang. Rasa macam jap gi umi baliklah dari kelas. Abi baliklah dari talaqqi kat Masjid Azhar. Huhu. Aku pun tak faham perasaan aku sekarang. Aku ni, tengah mimpi umi ngan abi still kat Mesir ke cane? Hm.

Dah, lupakan apa yang anda baca sebentar tadi.

Dah hampir 2 minggu berada di Mesir tanpa umi abi. Kadang-kadang  bila fikir hidup jauh dengan umi abi, terasa berair di mata. Rasa macam tak boleh hidup. Lemah. Sekarang kan, aku baru tahu sepinya hidup tanpa ibu bapa disisi. Baru faham kenapa umi selalu nasihatkan aku. Kenapa abi pernah marah aku. Baru faham semuanya kerana aku di sini. Di Mesir. Obesi.


*this is obersiyyy.*

Seyesly, aku tak pernah jangka pon aku akan tinggal dan belajar kat Mesir kot. Tak pernah. Perjalanan beribu-batu jauhnya semata-mata demi mencari ilmu. Aku sekarang bukan aku yang dulu lagi. Bukan aku yang manja. Tak. Nak manja dengan siapa kalau umi dah jauh? *blur face* Hakak-hakak? Hahaha macam tak je. Tak samalah dengan mak sendiri. Takkan sama. Selamanya. Ok sorry akak. Aku nak belajar rajin-rajin biar umi dengan abi  bangga. Aku harus berusaha. HARUS!

Hari bersilih ganti hari. Aku still teruskan hidup di bumi anbia' ini. Hari sekolah, belajar. Hari cuti penuh ngan masak, bermuayyasyah bersama ahli beyt Nusrah ni ataupon aku pergi jalan umah mak ngah. Dan biasanya hari cuti ada bulatan gembira. Uhuk. Best sangat bulatan gembira. Tak terkira gembiranya. Dalam Bulatan Gumbira, banyak santapan rohani yang tak pernah aku dapat sebelum ni. Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah. Thank You Allah.

So, takdelah kesedihan tu melarut sangat sebab ada hakak-hakak akhawat disisi.  Hihi. Hakak-hakak akhawat, selalu gembirakan aku. Sentiasa tunjukkan qudwah kat aku. Sentiasa faham aku ni kecil lagi. *koff koff* Bermulanya kehidupan aku. Uhm, rasa cam tak kuat ada kat sini. Ye lah, first time hidup jauh dari umi abi. Mohon doa semua, doakan aku kat sini. Moga Allah tabahkan hati aku dengan tarbiyyah dariNya di tempat baru ini. Biiznillah.

Macam pendek je post ni. Hm. Kehabisan idea.

Monday, 14 January 2013

Mungkin, di sini.

*kredit uncle google*

Bismillah.

Alhamdulillah, dengan result UPSR yang amat dijangka jangkakan hari tu. Redha. Semua classmate dah pergi sekolah menengah kat Malaysia. And, ramai dah tanya

"Munibah pergi sekolah mana? Takde bagitahu sekolah mana dapat ke apa ke apa ke."

Maaf! Bukan tak nak bagitahu. Tapi benda yang tak pasti, buat apa nak bagitahu awal awal? Tapi sekarang dah pasti dah. Sekarang saya dekat satu negara di Timur Tengah. Negara yang tak pernah aku bayang aku akan sampai di sini. Oh, apatah lagi bersekolah menengah di sini. Bumi Hassan al-Banna. Mesir.

Aku gi Mesir sebab nak jumpa kakak. Sambil jalan jalan. Cadang nak duduk sini 2 bulan. 2 bulan tu lama, so abi suruh pergi kelas bahasa arab untuk isi masa. K, tetiba dah suka dah duduk sini. Entah apalah yang menyebabkan aku suka bumi anbia' ini. Mungkin ilmu di sini. Ilmunya sangat lain dengan Mesia. Terasa lain.

So, lepas habis markaz lughah aku nak sambung Maahad Bu'uth insyaAllah. Hati aku kata, "Munibah ini tempat kau yang seterusnya. Di sinilah tempat yang terbaik." Tapi, hati aku dengan ketentuan Allah itu tak sama. Ya, itu rahsia Allah. Hm, ada yang kata belajar disini syok. Takde pbs. *macam dikira senanglah takde pbs tu* Tapi, bagi akulah kat mana manapun kita belajar tetap ada ujian.

Ada seorang hamba Allah ini selalu memperingati saya dengan kata katanya ini; "Belajar apapun, mana ada yang senang." Lagipun, kita ni kan orang beriman, pasti diuji tak kiralah dalam belajar, dalam keluarga atau dalam ukhuwah pasti akan diberi ujian.


"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?" [29: 2]

Doakan lah aku kat disini, moga aku mendapat sesuatu yang baru. Sesuatu yang amat berharga dan bermanfaat dalam hidup.

Untuk sahabat di Malaysia, selamat menempuh ujian di alam sekolah menengah pula. Moga anda anda semua kuat. InsyaAllah, Dia pasti membantu kalian. Jaga diri jaga iman! :)

Friday, 28 September 2012

Sekali lagi?


Bismillah.
Alhamdulillah, setelah beberapa bulan telah diseksa   dengan     UPSR, kini saya dah freedom! *apesal rasa macam nak baling kerusi ni..?* Sekian  lama  dah tunggu saat-saat freedom. Tapi bukannya freedom yang sebenar-benarnya sebab kita kan HAMBA. Nak freedom kenalah tungggu akhirat dulu kan? Freedom kat Sorga Allah. InshaAllah.



*kredit*



Saya kata "Sekali lagi " kerana hari tu saya dah kena tinggal dengan sepupu terchenta, hakak-hakak dan abang-abang. Sekarang, mereka pula? Mengapa? Saya tak mahu tinggalkan mereka! Oh Allah, please.. Saya tak nak ulangi lagi. Warghh! *menjerit sepenuh hati sambil berlari-lari di tengah padang yang luas*

Saya memang happy  tapi agak bercampur dengan perasaan sedih. Walaupun kawan-kawan kata " Yeah, kita dah boleh enjoy!", tapi saya tak fikir nak enjoy. Still sedih sangat. Ntahlah, tak tahu la kenapa. Malas nak enjoy enjoy sangat. Sekarang memang tengah sedih. Sedih, susah nak bagitau rasa sedih, hanya  Dia yang tahu.

Saya sedih sebab saya kena ulangi lagi. Saya benci nak ulangi ia, tapi Takdir Ilahi. Saya cuba untuk redha.
 Saya belajar menerimanya. Setelah 6 tahun belajar satu kelas, suka duka dikongsi bersama. Saya dan mereka. Kadang-kadang pernah juga terasa hati. Berukhuwwah. Itu perkara biasa. Saya tetap sayang mereka. Kami saling memerlukan.

Sayang kalian! *sila abaikan budak yang mengangkat
tangan di belakang itu*


Hmm, memang masa ni jeles melihat keakraban kami. Dia sentiasa bergerak pantas sehingga membuatkan saya lupa, lupa bahawa kami memang akan berpisah. Mana ada satu kelas akan bersama bila naik sekolah menengah. Itu mustahil, kalau ada pon. Kompem, bakal melakar sejarah dunia. Bhahaha. Ya! Saya tahu orang-orang yang beriman itu akan bersama di akhirat kelak. InshaAllah.

Ok. Baiklah. Sekarang saya perlu akur, redha dengan Takdir. Semua yang berlaku ada hikmahnya. Ya! Saya perlu belajar. Bukan saya sorang je en yang sedih, semua orang. Bukan saya  sorang je yang tak nak berpisah, tapi mereka juga. Kita semua tak mahu berpisah. Takpe, walau jauh di mata, dekat di hati. Ewaaaaahh. Hehe. Heh,its okay lah untuk sahabat houyeah sejantina.

Saya kena faham "Ukhuwwah itu indah jika bertemu dan berpisah keranaNya", tak guna cakap je, tapi tak faham. *itulah perangai saya*  Saya mahu cuba kuatkan diri, kuatkan diri agar tak sedih lagi.  Buang perasaan sedih tu jauh-jauh. Sekarang, redha saja dengan qada' dan qadar Allah.

Untuk BFTJ saya. Sebenarnya sudah lama saya berangan, kita dapat 'berbulatan gumbira' bersama! Ya Allah, indahnya jika begitu. Kita sama-sama pimpin tangan menuju ke Jannah Ilahi. Sama-sama kita rasai kemanisan   ukhuwwah Fillah yang sebenar-benarnya. Kita kan Best Friends Till Jannah. Ini baru BFTJ yang sebenar. Oh, ini sungguh hosem..! 

Kepada murid 6 Mariam dua ribu doblas dan chekgu-chekgu sktam harap maafkan salah silap yang saya lakukan. Espeseli cikgu Rubani, Cikgu Mazlina, Cikgu Cah dan Teacher Zaitun. Terima kasih atas tunjuk
ajar kawan-kawan  dan Chekgu yang mengajar saya hingga berjaya menjawab UPSR dengan mudah..! Saya doakan kalian berjaya dunia akhirat. Biiznillah.

Hmm, kawan-kawan pon mesti sedih sebab kita nak berpisahkan? Ni ada satu kuot hosem, memang sesuai untuk yang sedang berkeadaan macam kita.


"La Tahzan, Innallahama'ana."
atau

"Don't be sad, Allah surely with us."



                                                                                                                                      Munibah Lokman.
                                                                           

Saturday, 5 May 2012

Bolehkah aku..?

Bolehkah aku..? *itu tangan sendiri, haha*


Bismillah..
Tahun ini melakar sejarah bagi saya sendiri kerana tahun ini tahun saya dapat jadi senior sekolah yang dah lama dah impikan kerana boleh membuli junior-juniorsaya yang lain. Eh. Tahun ini tahun last saya sekolah rendah. Ujian Penilaian Sekolah Rendah. Ya ! Saya ialah calonnya. "I'm a UPSR 2012 candidate", mesti anda rasa saya ni selamber je kan? Nak UPSR tapi still main internet. Yes! saya juga tahu itu. Haha.

Saya rasa macam terlambat je saya nak study untuk kejar 5A tu. Rasa memang dah gif ap [baca:give-up]. Tapi kesian kat cikgu, mak ayah yang selalu harapkan saya dapat 5A. Saya akan cuba. Saya akan buktikannya. Kalau saya tak berusaha tak jadi jugakan? hmm, saya akan lakukannya..! Dengan izin Allah. Allah juga berfirman:


"Allah tidak akan mengubah sesuatu nasib kaum itu, kecuali
mereka sendiri mengubah nasib mereka"
[Ar-Ra'd:11]


*****

Keadaan sekeliling selalu memaksa kita untuk berputus asa
tapi sebenarnya kita memang boleh lakukannya..!

[kredit]

Saya jugak nak minta maaf kan sesiapa yang telah terkecil hati atas perbuatan saya yang lemah ini, saya harap sangat anda semua dapat maafkan saya serta mendoakan kejayaan saya ini. Jasa anda amat saya hargai. Sebagai muslim, kita haruslah saling tolong menolong. Hari ini hari saya, esok hari anda pula. InshaAllah..

Doakan saya atas kejayaan ini. Walaupun saya tak kenal anda tapi apa salahnya kan kita berdoa buat saudara seIslam. Saya sayang anda semua kerana Allah. Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang saling bantu-membantu. Wallahualam..


"Seseungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang
yang berbuat kebaikan"
[Al-A'raf:56]



*****

I CAN DO IT !