Friday 18 October 2013

Tawakkal.


*Senyum dan tawakkal!*
Bismillah.

Hari hari susah nak tidur, asyik fikir je. Memang kecelaruan fikiran betul sekarang ni. Agaknya, kat manalah Allah nak campak aku ni. Urusan dengan pejabat agama punya lah susah. Macam macam alasannya abi kata. Haih.

Kadang, terdetik jugak dalam hati. Kenapalah aku pergi Mesir haritu..kalau aku tak pergi, takdelah jadi penganggur macam sekarang ni. Boleh belajar cam orang lain hm. Tapi, aku lupa. Kalau aku tak pergi Mesir, aku takkan kenal lah apa tu DnT. Masih dalam zone selesa dengan Mr J. Uhuuu. Astaghfirullah.

Dan sekarang, 18 October. Masih jadi penganggur yang tidak belajar. Tetiba. *poker face*

Cuba je husnudzhon dengan Allah. Tawakkal jelah. Mana pun aku belajar, mesti ada baiknya. Mesti! Dia dah ada tempat yang terbaik untuk futher study aku. Ye, insyaAllah. Dalam Malaysia atau luar. Entah lah. Masih menjadi rahsia Dia. Yakin. Mesti ada penyelesaiannya. Cepat, atau lambat. Tunggu dan sabar!

"..bahawa sesungguh tiap tiap kesukaran disertai kemudahan" 
[Al Insyirah: 5 & 6]

Kalau Allah campak dekat tempat yang kita tak suka, tapi bila Allah dah kata Kun Faya Kun, takde siapa boleh kata tolak. Nak tak nak, paksa diri. Belajar erti redha. Belajar erti menerima takdir. 

No comments:

Post a Comment