Thursday 10 October 2013

Salamatus sadr.

Bismillah.


Seringkali bila berukhuwwah, kita dianggap sahabat yang sempurna. Expect tinggi menggunung, sampai ke langit dah. Dia hebat, kalau kawan dengan dia mesti boleh berjangkit virus hebat tuh. 

Yeah. Bagus tu memang bagus. Cumanya, bila dah lama berukhuwwah atau dah duduk serumah, pasti ada nampak cacat cela seorang ukhti tuh. Nak tak nak, memang akan nampak jugak. Maybe rasa agak kecewa. Yelah, ukhti tu hebat baq hang. Semua orang thiqah. Mahunya tak kecewa. Rasa mahu terjun gaung!


Untuk bersalamatus sadr juga perlukan masa.

Tapi, sedar tak sedar, sebenarnya kitalah yang kena top-up kelemahan dia. Sama sama bantu. Sama sama saling melengkapkan. Baru betul ukhuwwah. Bukan frust menonggeng. Atau, ada jugak yang jenis mengeluh.


"aku ingat dia boleh tolong bawak aku pergi sorga. tapi dia pun lebih kurang aku je. hampehhhh!"

***

"orang suruh basuh baju je pun. tu pun payaaah ke. housenate apa cenggini blergh"


Nak berlapang dada, tak mudah. Benda baik, memang susaaaah gila nak buat. Faham je. Tapi, kenapa kita nak geram tengok dia tak sempurna macam apa yang kita jangka? Kenapa kita benci dia bila dia ada kelemahan? Kenapa kita tak nak kawan dengan dia bila dah nampak cacat cela dia? Salah siapa sebenarnya yang letak tanggapan tinggi tinggi? Dia ke kita?


*kredit*

Tapi sebenarnyalah disebalik 1 kelemahan dia tu, pasti ada 1001 kebaikan dia. Contoh, ukhti A suka tidur tapi dia paling rajin kejut orang tahajjud, solat subuh. Ukhti B banyak cakap, tapi dia yang suka tolong orang kat dapur, paling rajin beli barang dapur. Haa. Kenapa kita nak marahkan dia je bila nampak kelemahan dia? Cubalah tengok kebaikan dia pula. Kan mudah gitu.

Ingatlah. Manusia tu memang diciptakan sebagai sebaik baik ciptaan, tapi tetap punya kelemahan. Hebat manapun, tak boleh lawan yang Maha Hebat tu atas tu.

pesan umi, 

"Terima lah segala kelemahan ukhti tu. Berlapang dadalah dengan dia. Sebab kita ada kelemahan, dia ada kelemahan. Salamatus sadr."

Jadi, sama samalah perbaiki kelemahan dan saling mengingatkan. Tegur itu perlu, tapi bukan dengan kekerasan. Tak salah kan berlemah lembut? Akhawat kan lembut. Wiwittt. Eh. Wallahu'alam.

No comments:

Post a Comment