Friday, 8 November 2013

Penat.

Penat lelah lah dahulu. Dan, yakinlah Allah akan hadiahkan sesuatu
istimewa buat kita! Senyum luas luas.



"Penatlah. Buat baik, salah. Buat jahat, salah. Sumpah tak faham uh."

***
Biasanya, orang yang cakap condemn kita buat tu salah buat ni salah just ada benda dia tak puas hati. Thats why, tak kisah lah benda baik atau jahat yang kita buat dia tetap takkan hargai. Dia akan tetap menghukum kita sampai bebila pun. Trust me.

Dia manusia, kita manusia. Sama sama hamba. Sama sama pendosa. Kenapa nak naik gila bila dihukum dengan makhluk yang se-taraf dengan kita? Lulz.

Lek. Saya faham sangat. Nak bersuara, takut. Sebab dia sorang, terus down niat nak berubah. Kan? Kita nak berubah, tapi masa lampau jugak yang dia diungkit ungkit. Sakit hati memang takde tahap dah. Kan? Tak faham apa yang dia nak sebenarnya.

Senyum.

Kalau awak penat, nanges jelah. Saya pun selalu nanges wak, memalam. Eh. Jangan tahan. Lepaskan semuanya. Lepas. Nanges dalam sujud. Cerita lah dekat Allah. Mintalah bantuan Dia. Minta, minta minta, sampai dapat. Kuat kan semangat. Selagi benda tu benda betul, inshaAllah Dia akan tolong.

"tapi kenapa macam Allah tak kasi saya berubah je..banyak betul dugaan saya nak berubah"

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: 'kami telah beriman', sedang mereka tidak diuji lagi?.."
[Al ankabut: 2]

Ingat Allah mudah mudah je ke nak kasi orang masuk Sorga dia? Ahha kenalah bagi ujian dulu. Nak tengok orang ni taff ke tak. Allah uji sebab sayang. Dia nak tahu sejauh mana cinta kita terhadap Dia.

Sod Ba Ro. And everything will be okay. Saya pun sedang mengalami keadaan ini. Memang penat sangat. Sama sama kita minta bantuan Allah. Moga Allah bantu. Sabar itu comel. Nak jadi comel? Marilah sabar berjemaah. Nanti konfem lagi comel daripada minion kbaiii. Wallahu'alam.

Friday, 18 October 2013

Tawakkal.


*Senyum dan tawakkal!*
Bismillah.

Hari hari susah nak tidur, asyik fikir je. Memang kecelaruan fikiran betul sekarang ni. Agaknya, kat manalah Allah nak campak aku ni. Urusan dengan pejabat agama punya lah susah. Macam macam alasannya abi kata. Haih.

Kadang, terdetik jugak dalam hati. Kenapalah aku pergi Mesir haritu..kalau aku tak pergi, takdelah jadi penganggur macam sekarang ni. Boleh belajar cam orang lain hm. Tapi, aku lupa. Kalau aku tak pergi Mesir, aku takkan kenal lah apa tu DnT. Masih dalam zone selesa dengan Mr J. Uhuuu. Astaghfirullah.

Dan sekarang, 18 October. Masih jadi penganggur yang tidak belajar. Tetiba. *poker face*

Cuba je husnudzhon dengan Allah. Tawakkal jelah. Mana pun aku belajar, mesti ada baiknya. Mesti! Dia dah ada tempat yang terbaik untuk futher study aku. Ye, insyaAllah. Dalam Malaysia atau luar. Entah lah. Masih menjadi rahsia Dia. Yakin. Mesti ada penyelesaiannya. Cepat, atau lambat. Tunggu dan sabar!

"..bahawa sesungguh tiap tiap kesukaran disertai kemudahan" 
[Al Insyirah: 5 & 6]

Kalau Allah campak dekat tempat yang kita tak suka, tapi bila Allah dah kata Kun Faya Kun, takde siapa boleh kata tolak. Nak tak nak, paksa diri. Belajar erti redha. Belajar erti menerima takdir. 

Thursday, 10 October 2013

Salamatus sadr.

Bismillah.


Seringkali bila berukhuwwah, kita dianggap sahabat yang sempurna. Expect tinggi menggunung, sampai ke langit dah. Dia hebat, kalau kawan dengan dia mesti boleh berjangkit virus hebat tuh. 

Yeah. Bagus tu memang bagus. Cumanya, bila dah lama berukhuwwah atau dah duduk serumah, pasti ada nampak cacat cela seorang ukhti tuh. Nak tak nak, memang akan nampak jugak. Maybe rasa agak kecewa. Yelah, ukhti tu hebat baq hang. Semua orang thiqah. Mahunya tak kecewa. Rasa mahu terjun gaung!


Untuk bersalamatus sadr juga perlukan masa.

Tapi, sedar tak sedar, sebenarnya kitalah yang kena top-up kelemahan dia. Sama sama bantu. Sama sama saling melengkapkan. Baru betul ukhuwwah. Bukan frust menonggeng. Atau, ada jugak yang jenis mengeluh.


"aku ingat dia boleh tolong bawak aku pergi sorga. tapi dia pun lebih kurang aku je. hampehhhh!"

***

"orang suruh basuh baju je pun. tu pun payaaah ke. housenate apa cenggini blergh"


Nak berlapang dada, tak mudah. Benda baik, memang susaaaah gila nak buat. Faham je. Tapi, kenapa kita nak geram tengok dia tak sempurna macam apa yang kita jangka? Kenapa kita benci dia bila dia ada kelemahan? Kenapa kita tak nak kawan dengan dia bila dah nampak cacat cela dia? Salah siapa sebenarnya yang letak tanggapan tinggi tinggi? Dia ke kita?


*kredit*

Tapi sebenarnyalah disebalik 1 kelemahan dia tu, pasti ada 1001 kebaikan dia. Contoh, ukhti A suka tidur tapi dia paling rajin kejut orang tahajjud, solat subuh. Ukhti B banyak cakap, tapi dia yang suka tolong orang kat dapur, paling rajin beli barang dapur. Haa. Kenapa kita nak marahkan dia je bila nampak kelemahan dia? Cubalah tengok kebaikan dia pula. Kan mudah gitu.

Ingatlah. Manusia tu memang diciptakan sebagai sebaik baik ciptaan, tapi tetap punya kelemahan. Hebat manapun, tak boleh lawan yang Maha Hebat tu atas tu.

pesan umi, 

"Terima lah segala kelemahan ukhti tu. Berlapang dadalah dengan dia. Sebab kita ada kelemahan, dia ada kelemahan. Salamatus sadr."

Jadi, sama samalah perbaiki kelemahan dan saling mengingatkan. Tegur itu perlu, tapi bukan dengan kekerasan. Tak salah kan berlemah lembut? Akhawat kan lembut. Wiwittt. Eh. Wallahu'alam.

Tuesday, 24 September 2013

Manusia alpha.

Bismillah.

Manusia memang selalu tercari-cari ketenangan, lagi lagi bila kecelaruan fikiran dengan esaimen banyak, kerja stress itu ini semuanya menyebabkan otak rasa nak meletup. Atau dah meletup. Eh. Ok.

Pada zaman metropolitan ini, ada yang luahkan masalah di dinding mukabuku masing-masing. Ada yang berkicau hingga dia sorang yang conquer garismasa sampai kena twitlimit kadangtu hahah. Ada yang lebih suka cerita pada bffnya. Manusia. Lain-lain caranya. Lain-lain kerenahnya.

Ada satu golongan lagi yang mencari ketenangan, tapi dengan cara yang terbaik. Mereka tak luah di dinding, di garismasa atau pada manusia. Mereka cuma tunduk sujud dan mengadu segalanya pada al-Khaliq. Mengadu, mengadu dan mengadu hingga air mata jatuh. Makin lama sujud, makin terasa ketenangan yang dicari. Lagi-lagi bila air mata seorang hamba marhaen pada 2/3 malam.

Tapi, kita selalu lupa. Lupa Allah sentiasa ada untuk kita. Lupa siapa sebenarnya yang memegang hati kita. Lupa siapa yang memberi ketenangan sebenarnya. Tuhan atau manusia? Jangan buat buat garu garu kepala lah.

Kita sanggup hapdet status mukabuku berkongsi masalah yang tak sepatutnya dikongsi. Kita lebih sanggup berkicau untuk melepaskan stress macam nak satu dunia tahu. Kita lebih sanggup menangis depan manusia yang juga tak tahu jalan penyelesaiannya. Sedangkan sudah lama Allah turunkan ayat yang berfirman dalam Qur'an;

 "Dan apabila hambaKu bertanya mengenai Aku, maka: Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa dekat. Aku memperkenankan permohonan orang yang berdoa kepadaKu dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mendapat petunjuk."
[2: 186]


***

Dan kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya. 

[51: 16]


Allah itu terlalu dekat dengan kita. Lebih dekat dari urat lehernya. Dekat, sampai kita tak nampak dia. Mungkin, banyak sangat masalah kita sampai lupa. Sibuk sangat kita dengan urusan dunia sampai lupa. Allah, sentiasa tunggu doa dari hambaNya untuk diperkenankan. Dia, rindu nak dengar rintihan kita. Dia rindu nak dengar suara taubat dari kita.

Cerita segala bagai masalah pada Dia, rasa amatlah puas dan lega. Sumpah kool! Tak percaya? Cubalah!

Manusia manusia yang sibuk dengan urusan dunia. Moga tak tergolong. *nanges*



Entry ini tazkirah buat aku dulu sebenarnya. Moga Allah lindungi kita daripada sifat wahan (cintakan dunia) hingga melupakan Dia. InshaAllah. Wallahu'alam.